Tuesday, June 21, 2011

Man Lenggang - Satu Kehilangan.....




baca di sini :
Omaq.org

Kerajaan Negeri Hargai Perjuangan Seniman

KANGAR – 'Seniman adalah golongan yang banyak menyumbang dan berjuang untuk masyarakat dan mereka tidak dipinggirkan kerajaan' kata Pengerusi Majlis Kebudayaan Perlis, Abdul Jamil Saad.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Seniman Peringkat Negeri Perlis di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis, kelmarin.

Seramai enam tokoh seniman dipilih untuk menerima anugerah budayawan dalam majlis yang dihadiri kira-kira hadir 500 orang itu.

Mereka antaranya penulis, Mokhtar Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Mokhtar AK dipilih menerima anugerah budayawan bagi kategori penulisan dan juara Bintang Radio 1972, Azali Ghazali Shuib dan penggiat seni teater serta pelakon filem dan drama televisyen, Yaakob Abd Aziz bagi kategori teater.

Sementara itu, pelukis dan pelakon Abu Bakar Abdul Hamid dipilih menerima anugerah budayawan bagi kategori seni lukis dan orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Roslan Bidin dipilih sebagai seniman kategori kraftangan.

Seterusnya, Tin @ Pin Endin Klap mewakili masyarakat Siam dipilih menerima anugerah budayawan bagi kategori aktivis kebudayaan Siam.

Abdul Jamil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Perlis berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menghargai golongan seniman yang banyak menyumbang bakti dan mengharumkan nama negeri melalui karya seni masing-masing.

Beliau berkata, sambutan Hari Seniman berkenaan bukan sahaja bertujuan meraikan seniman, malah ia untuk memberi bermanfaat kepada orang ramai mengenali seniman yang telah banyak berjasa kepada negeri khususnya.

SINAR HARIAN