Perlis Bakal Menjadi Tuan Rumah Bagi Kejohanan SUKMA Tidak Lama Lagi. Justeru Itu, Marilah Kita Seluruh Rakyat Negeri Perlis Bersama-sama Menjayakan Temasya Ini..
Saturday, April 5, 2014
HARUMANIS
Harumanis atau arumanis ialah sejenis kultivar mempelam yang ditanam di Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia, buah ini sinonim dengan negeri Perlis. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis. Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.
Kawasan pertanian di Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat merupakan kawasan pengeluar utama mempelam jenis ini di Malaysia. Keluasan penanaman mempelam adalah 1,000 ekar dan hasil pengeluaran tahunan adalah antara 300 hingga 500 tan. Pusat ini juga merupakan pusat jualan mempelam harumanis.
Musim mempelam harumanis adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun, selama hanya sebulan atau sebulan setengah. Kini dengan teknologi yang telah dijalankan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), mempelam Harumanis mampu mengeluarkan buah sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah penanaman di dalam rumah hijau.
Sumber : Wikipedia
Subscribe to:
Posts (Atom)